Thursday, March 1, 2012

Banyak student disini score 3 pointer keatas.

Cohtoh macam tadi seorang budak perempuan, mentee aku. Aku tanya CGPA berapa?
dia kata 3.64.

Gila tinggi. nak kata bijak sangat tak nampak pulak.

masa aku student dulu susah nak score. Memang susah. Ada high expectation. dan kalau dalam satu kelas maybe ada 2-3 orang sahaja yang dapat 3 pointer keatas.

Tapi kat sini, semua orang CGPA 3 pointer keatas.

Samada fakulti ni senang sangat nak score, atau pelajar-pelajar makin bijak atau pensyarah yang bagi markah mudah.

Thursday, January 19, 2012

Assestment Basic Drawing

hari ni assesment basic drawing.

dan seperti yang dijangkakan, lukisan2 pelajar ini sangat mengecewakan aku, selain dari displin mereka yang mengecewakan.

Akhirnya takde siapa yang patut disalahkan kecuali aku sendiri. tak ada alasan lain.


Pelajar Diploma Sambung Degree

Berdepan dengan pelajar yang tak bersungguh-sungguh belajar, aku pun bertanya

"Kenapa awak sambung masuk degree?"

"Sebab takde apa nak buat kat rumah,encik"

Wednesday, January 18, 2012

Wednesday, December 28, 2011

Semester ni aku kena turun pangkat sikit. Semuanya gara-gara kesilapan bagi markah maka aku tak lagi dipercayai untuk mengajar kelas Skrin, Penulisan, teater dan juga management.

Too bad kerana aku suka kelas Skrin dan Writing. They have interesting character and more dicipline than others. And by that they produce a good work for final assestment.

Last semester was great cause Im having fun teaching them kids. They eager to learn and....fun.

Good things dont last forever kata orang.

Tuesday, November 29, 2011

bagi aku ada 3 intipati utama untuk menjadi seorang guru yang baik.

1) Concern tentang masa hadapan anak-anak murid
seorang guru harus melihat kewajah anak muridnya dan dia berkata dia mampu mengubah kanak-kanak ini menjadi lebih baik, dari segi ilmu pengetahuan, adab, aturan dan lain-lain lagi. Jika seseorang guru tiada berperasaan sebegitu maka mereka telah gagal. gagal sebelum mereka memulakan kelas. Seorang guru harus ada rasa simpati pada anak muridnya. Dia harus melihat anak muridnya sebagai seorang lelaki atau perempuan yang mampu mengubah nasib anak bangsanya menjadi lebih baik. Tanggungjawab itu harus diperturunkan dan diwarisi.

2) Seorang Guru itu harus berilmu
Ilmu penting. Dan satu hakikat tentang ilmu adalah ianya bergerak dan berubah mengikut masa. Jadi seorang guru ,sebagaimana baikpun mereka harus ada rasa penambahbaikan diri iaitu penambahbaikan ilmu. Seorang guru sentiasa mencari ruang untuk menambah ilmu. tak boleh berpuas hati dengan ilmu yang mereka ada.

3) Seorang guru harus pandai dan bijak mempersembahkan ilmu mereka
Ini penting kerana selain mempunyai ilmu seorang guru pandai menyampaikan ilmu itu. ianya dua perkara yang berbeza. Banyak orang berilmu tapi tak tahu menyampaikan ilmunya. Seorang guru juga adalah performance. Seorang guru juga adalah penterjemah yang terbaik. Jika tidak selagi itulah ilmu yang ada hanya untuk diri sendiri dan bukannya dikongsi dengan orang lain, anak murid amnya.

Setakat 3 ini sahajalah, intipati penting bagi membuatkan seorang guru itu menjadi seorang guru yang baik. Mengajar itu satu tanggungjawab untuk agama bangsa dan negara.


Thursday, September 29, 2011

Mengajar Kelas Melukis Pelajar Melayu

Pada suatu hari dalam kelas melukis

Salam murid-murid, dah beli peralatan lukisan yang saya suruh minggu lepas?"

"Sudah encik"

"Tunjukkan pada saya"

"Tinggal rumahlah encik"