Monday, August 15, 2011

Karate Kid

1
Kenapa menulis? Kita menulis kerana untuk menziarahi isu-isu yang mengganggu kita.

Aku perlu menulis tentang ini; Isu pendidikan dan cara pendidikan. Ini karier aku. Sampai aku pencen Insyallah aku akan buat benda ni selagi aku tak kena buang kerja sebab pukul student. Ini karier aku, benda yang aku berdepan hari-hari. Kalau aku tak tidur malam fikir bagaimana aku majukan student aku, then aku adalah arsehole. Aku dibayar gaji yang aku gunakan untuk bagi anak bini aku makan dengan duit ini. Kalau bukan aku ambik serius tentang ini siapa lagi?.

Seorang guru yang puas hati dengan cara dia mendidik anak muridnya adalah seorang guru yang perasan. Sentiasa ada ruang untuk perbaiki caya gaya dan teknik mengajar.

Persoalannya adakah aku berpuas hati dengan kelas aku? Sudah tentu tidak.

Aku tahu aku bukanlah cikgu yang bagus. Tapi aku sangkal kalau ada orang mengatakan yang aku ni paling teruk. banyak lagi yang lebih teruk dari aku. baik ketika disekolah rendah, menengah mahupun ketika di universiti.

Isu pendidikan penting bukan sahaja ini karier aku (atau kita jika kau pun pendidik) tapi tak banyak perbincangan tentang bagaimana nak mengangangi pelajar-pelajar. bagi aku ini isu yang paling penting untuk dibicarakan selain dari hal-hal lain.

Bagaimana untuk mendidik anak-anak? Apa yang mereka mahu dan apa yang boleh kita berikan pada mereka? Apa role aku sebagai guru? Apa bezanya seorang cikgu dan dengan seorang pensyarah? apa bezanya seorang pensyarah di IPT dengan pensyarah di UiTM?

itu soalan-soalan yang harus aku jawab.


2

Seseorang bijak pernah berkata "There is no such thing as bad student, theres only a bad teacher".Ini mantra yang terkenal dalam menceritakan hubungan murid dan gurunya. Tapi malangnya aku tak percaya pada kata-kata itu. Struggle aku yang pertama adalah untuk mempercayai kata-kata himah ini.

"There is no such thing as bad student. Only bad teacher. Siapa yang bercakap begitu sebenarnya? Research internet aku tak mempertemukan aku dengan George Bernard Shaw atau Plato atau Aristotle. tapi sebaliknya kemunngkinan mantra itu asalnya diucap oleh seorang karakter fiksyen dalam filem remaja mengenai mempertahankan diri. Huh?

Miyagi: Your friend, all karate student, eh?
Daniel: Friend? Oh, yeah, those guys.
Miyagi: Problem: attitude.
Daniel: No the problem is, I'm getting my ass kicked every other day, that's the problem.
Miyagi: Hai, because boys have bad attitude. Karate for defense only.
Daniel: That's not what these guys are taught.
Miyagi: Hai - can see. No such thing as bad student, only bad teacher. Teacher say, student do.
Daniel: Oh, great, that solves everything for me. I'll just go down to the school and straighten it out with the teacher, no problem.
Miyagi: Now use head for something other than target.

Kau tahu dari mana dialog itu diambil? Karate Kid(1984)

Huh?