Tuesday, November 29, 2011

bagi aku ada 3 intipati utama untuk menjadi seorang guru yang baik.

1) Concern tentang masa hadapan anak-anak murid
seorang guru harus melihat kewajah anak muridnya dan dia berkata dia mampu mengubah kanak-kanak ini menjadi lebih baik, dari segi ilmu pengetahuan, adab, aturan dan lain-lain lagi. Jika seseorang guru tiada berperasaan sebegitu maka mereka telah gagal. gagal sebelum mereka memulakan kelas. Seorang guru harus ada rasa simpati pada anak muridnya. Dia harus melihat anak muridnya sebagai seorang lelaki atau perempuan yang mampu mengubah nasib anak bangsanya menjadi lebih baik. Tanggungjawab itu harus diperturunkan dan diwarisi.

2) Seorang Guru itu harus berilmu
Ilmu penting. Dan satu hakikat tentang ilmu adalah ianya bergerak dan berubah mengikut masa. Jadi seorang guru ,sebagaimana baikpun mereka harus ada rasa penambahbaikan diri iaitu penambahbaikan ilmu. Seorang guru sentiasa mencari ruang untuk menambah ilmu. tak boleh berpuas hati dengan ilmu yang mereka ada.

3) Seorang guru harus pandai dan bijak mempersembahkan ilmu mereka
Ini penting kerana selain mempunyai ilmu seorang guru pandai menyampaikan ilmu itu. ianya dua perkara yang berbeza. Banyak orang berilmu tapi tak tahu menyampaikan ilmunya. Seorang guru juga adalah performance. Seorang guru juga adalah penterjemah yang terbaik. Jika tidak selagi itulah ilmu yang ada hanya untuk diri sendiri dan bukannya dikongsi dengan orang lain, anak murid amnya.

Setakat 3 ini sahajalah, intipati penting bagi membuatkan seorang guru itu menjadi seorang guru yang baik. Mengajar itu satu tanggungjawab untuk agama bangsa dan negara.