Monday, October 8, 2012

Awal Oktober

Semester ini untuk degree ada satu kelas, satu student. Ini pertama kali aku ada hanya satu student.

dalam kelas, aku tengok dia, dia tengok aku.

bagus juga ada banyak masa untuk aku menulis research* dan peribadi fiksyen.

tapi fakulti ni dah bertukar sekelip mata, dari fakulti akademik kepada ala-ala event management company. Tak pernahpun, kalau kita bersua kita bertanya "bagaimana student?" Sebaliknya kita berbincang tentang projek-projek konsert dan sebagainya.

Yang hanya membebel tentang student ialah Prof Ches Skinner. Student tu bagus, student tu tak bagus. student tu tak datang kelas, student ni tak buat homework, student ni tak tahu apa-apa. Pensyarah sepatutnya macam tu....membebel tentang student yang malas.









*Researchlah sangatttttttttttt


Wednesday, July 4, 2012

wisel

Aku rasa cikgu perlu dibekalkan dengan wisel.

Takdelah penat sangat cikgu menjerit marah pelajar suruh diam dalam kelas.

Sunday, June 17, 2012

Kelas Pertama

ah Kelas pertama. very exciting. Aku tak sabar bertemu dengan pelajar semester 1 sama macam junior tak sabar nak induct part one. Kelas pertama sessi suai kenal. "Saya tak boleh mengajar awak kalau saya tak kenal awak" kata aku. Ada benarnya tentang itu. Kemudian aku suruh diaorang tulis biodata sendiri. Nama mak bapak. Kerja mak bapak. Ada yang kaya dan ada yang gaji rm600 sebulan. Kemudian aku minta diaorang tulis buku kegemaran dan filem/teater kesukaan.Seorang pelajar tulis buku kegemarannya dari buku2 Indie. "Oh Awek Chuck Taylor. budak perempuan ni baru meninggal dunia" kata aku. Dan pelajar itu mengangguk. Penting untuk dia sebenarnya kerana dari situ timbulnya respek dari student. So dia tahu lepas ni dia tak boleh kelentong aku lagi. berapa banyak pensyarah yang tahu tentang buku-buku indie ni? First class: to get recognition and respect by the students. Dan juga untuk maklumkan betapa bosannya kelas itu akan jadi dipertengahan semester nanti :)

Monday, May 21, 2012

Budak Melayu

Kelas pukul 5, datang 5.15. Lepas tu berbual macam takde salah sampai 5.30.

Inilah jadinya bila tak minat belajar diberi peluang untuk belajar.


Wednesday, May 16, 2012

Budak Sekarang Makin Berani

Budak-budak sekarang dah makin berani. Bila hantar assignment diaorang akan mintak A+.

Aku dulu, kami dulu,tak berani nak mintak lecturer grade. Kalau lulus pun dah kira alhamdulillah. Mungkin sebab kami tahu assignment kami, work kami tak berapa power maka kami tak meminta-minta grade.

Budak sekarang.....


Thursday, May 3, 2012

Miss Tan

Ada beberapa cikgu sekolah rendah yang kita akan sentiasa ingat. Pertama kita ingat dia sebab dia pernah denda kita. yang keduanya kit ingat dia sebab dia baik.

Aku ingat Miss Tan atas 2 sebab. yang pertama sebab dia baik dengan aku. dan yang keduanya sebab dia suka lipat kaki masa duduk kat meja.

Sekolah rendah aku dulu sekolah bandar. Horley Methodist Teluk Intan. Sekolah paling lama di Teluk Intan kalau tak silap. Dulu sekolah yang terkenal. Sekolah takde padang bola. dan kalau main bola selalu kena belasah dengan sekolah-sekolah lain.

Horley Methodist adalah campuran anak-anak kampung dan juga anak-anak Cina/India dari keluarga elit.

Miss Tan naik motor cute ke sekolah,motor passola. Motor yang hanya perempuan naik untuk pergi kepasar. Miss Tan ajar English. Dalam ramai-ramai pelajar Melayu Miss Tan paling suka kat aku. Ehem ehem. Mungkin sebab aku je yang faham apa yang dia cakap, atau sebab apa lain aku pun tak tahu.

Tapi Miss Tan memang cool. Muka dia ada macam Anita Mui sikit, tapi lebih lawa lah. Di ajar English .Aku pernah buat Miss Tan merajuk dengan aku sebab aku refuse nak jadi extra dalam teaternya. jadi labah-labah yang terperangkap disarangnya. Kenapa dulu aku refuse pun aku tak tahu sedangkan tak semua pelajar diajak untuk terlibat dalam playnya.

Masa darjah 4 Miss Tan tukar sekolah. Aku pun rasa dia terlalu cun untuk jadi cikgu. Orang macam dia patut jadi model.

Monday, April 9, 2012

Terlalu banyak sangat program

Meeting sana sini

Kadang-kadang kelas pun tergadai, sebab wajib datang meeting katanya

Ini fakulti akademik atau event management company?

Thursday, March 1, 2012

Banyak student disini score 3 pointer keatas.

Cohtoh macam tadi seorang budak perempuan, mentee aku. Aku tanya CGPA berapa?
dia kata 3.64.

Gila tinggi. nak kata bijak sangat tak nampak pulak.

masa aku student dulu susah nak score. Memang susah. Ada high expectation. dan kalau dalam satu kelas maybe ada 2-3 orang sahaja yang dapat 3 pointer keatas.

Tapi kat sini, semua orang CGPA 3 pointer keatas.

Samada fakulti ni senang sangat nak score, atau pelajar-pelajar makin bijak atau pensyarah yang bagi markah mudah.

Thursday, January 19, 2012

Assestment Basic Drawing

hari ni assesment basic drawing.

dan seperti yang dijangkakan, lukisan2 pelajar ini sangat mengecewakan aku, selain dari displin mereka yang mengecewakan.

Akhirnya takde siapa yang patut disalahkan kecuali aku sendiri. tak ada alasan lain.


Pelajar Diploma Sambung Degree

Berdepan dengan pelajar yang tak bersungguh-sungguh belajar, aku pun bertanya

"Kenapa awak sambung masuk degree?"

"Sebab takde apa nak buat kat rumah,encik"

Wednesday, January 18, 2012