Thursday, September 29, 2011

Mengajar Kelas Melukis Pelajar Melayu

Pada suatu hari dalam kelas melukis

Salam murid-murid, dah beli peralatan lukisan yang saya suruh minggu lepas?"

"Sudah encik"

"Tunjukkan pada saya"

"Tinggal rumahlah encik"

Thursday, September 22, 2011

Sekali sekala seseorang akan bertanay" Seronok tak belajar kat sini?"

bagi aku keseronokan takde kena mengena dengan belajar. Ianya dua entiti yang berbeza.
Memang ada terma edutaintment itu yang manggabungkan teknik entertainment dan belajar. Tapi itu mungkin sesuai untuk certain age. Kritikal thinking bukanlah sesuatu yang boleh diajar dengan mencapai klimak keseronokan semata-mata.

belajar mungkin sakit.

Belajar mungkin perit.

belajar mungkin satu sessi yang menderitakan.

Belajar mungkin boleh jadi satu sessi yang membuatkan pening kepala.

Belajar mungkin boleh jadi satu sessi yang menyeronokkan tapi itu bukanlah tujuan utamanya.

Asyik nak seronok je hanguslah bangsa jadinya.
A: Kenapa awak pilih fakulti dan program ni?

B: Tak tahu.

A: Siapa isi borang permohonan awak?

B: Tak tahu

A:hari ni awak ada kelas atau tak?

B: Tak tahu.

A: Awak dah beli peralatan-peralatan yang saya suruh minggu lepas?

B: Tak tahu

A: Kan ke saya kata minggu ni kelas di bilik Komputer?

B: Saya tak tahu.

A: Apa awak nak buat bila awak dah graduate nanti?

B: Saya tak tahu.

A: Macamana awak nak bagi anak orang makan kalau awak takde duit?

B: Saya tak tahu.

A: Kerja apa yang awak boleh buat bila awak dah graduate nanti?

B: Saya tak tahu.

A: Result awak baik. Awak dapat Anugerah Dekan dua kali. Macamana awak belajar sampai awak dapat DL tapi semua awak tak tahu?

B: Saya tak tahu.

Saturday, September 17, 2011

Guru Pertama: Tok Hassan

Cikgu/Guru pertama aku(selain dari mak dan ayah) adalah tok guru agama aku sendiri. Yang mengenalkan aku pada huruf jawi dan bacaan Quran.

Tinggal di Lorong Hasaan, kg Bahagia Teluk Intan kami semua adalah anak cucu Tok Hassan. Tak boleh lari lagi. Semua kanak-kanak yang membesar disitu mengaji dengan Tok Hasaan.

Rumah Tok Hasaan disimpang tiga Lorong hassan. Dari tingkap rumah aku boleh nampak tangga rumah Tok Hassan.

Tok Hasaan adalah orang paling awal bukak Lorong tu. Sebab itu nama Lorong itu Lorong Hassan, sempena nama beliau. Dia tukang Azan di Masjid Kampung Bahagia. Setiap waktu Sembahyang Tok Hassan akan melintas rumah aku menaiki basikal untuk kemasjid.

Tap[i aku tak belajar mengaji dari Tok Hassan seawal umur. Aku kiranya lambat menyertai kawan-kawan yang lain. Bila aku menyertai mengaji malam itu, kawan-kawan lain dah lebih advance dari aku. Dan aku terpaksa merangkak-rangkak mengenal Alif ba ta.

Aku takut pada Tok Hassan macam pemain Man U takut pada Alex Fergusson. Entah kenapa Tok Hassan paling tak suka dengan orang main carrom. Itu yang sampai sekarang aku tak faham. Dia terpaksa melintasi kedai runcit dimana dihadapannya ramai anak-anak muda duduk bergebang dan main carrom. Aku pula amat suka bermain carrom. Bila kami tengah main carrom, kalau nampak Tok Hassan melintas dengan basikalnya kami akan bertempiaran lari. Dan bila mengaji aku dan kawan-kawan akan kena sindir.

Tapi aku tak sempat khatam Quran dengan Tok Hassan. Suatu hari dia tak larat nak mengajar kanak-kanak mengaji. Dia kata stop. Dan semua kanak-kanak berhenti pergi kerumhanya lepas maghrib.

Kemudian bila dia sunyi pada waktu malam Tok Hassan jemput lagi kanak-kanak lorong itu untuk mengaji semula. tak lama lepas itu dia surrender balik. Benda ini berulang buat beberapa ketika. Sampailah satu masa bila Tok Hassan betul-betul tak larat.

bertandang kerumah tok Hassan pada hari Raya Aidilfitri adalah satu kewajipan bagi kami semua. Itu rumah pertama yang kami tandang lepas sembahyang Raya. lepas makan kami akan beratur bersalam dengan Tok hassan. Dia akan luangkan masa beri nasihat. pada aku dia sellau berkata begini "Ah ini! Besar tanggungjawab kau ni" katanya. Masa kecil aku tak faham apa maksud Tok Hassan itu. hanya bila dah besar ini baru aku mengerti apa yang dia katakan.