Monday, November 25, 2013

Klasik Acting kelas pertama: Selasa 8.30 pagi

Kelas diploma dah start.

Kali ni ada juga ksubjek2 yg mengejut. Dapat time table last minit macam beberapa tahun kebelakangan ni. Seingat aku 10 thaun dahulu kami dapat jadual awal, mudah nak prepare. tapi gaya sejak kebelakangan ni semuanya last minit.

Tapi kelas klasikal acting. dihujung kelas aku suruh budak-budak buat persembahan. tema 2 tahun di Puncak Perdana-dan seperti biasa, kerana kebijaksanaan mereka, mereka tiru gaya lakonan aku dalam pementasan itu-sketsa hari pertama kelas Klasikal acting. Memang ada gaya menyindir, tapi lucu. Ada juga watak puan Umi datang baru balik dari jogging.

Monday, June 24, 2013

Minggu Suai Kenal

Minggu pertama kelas adalah hari yang paling menarik sebab sesi suai kenal. Boleh tanya macam-macam tentang peribadi, course ,aturan kelas dan lain-lain. Minggu lain dah takde masa nak sessi kenal mengenal. Minggu lepas tu dah jadi serius mengajar dan diajar serta terajar.

AKu pun bagi no handphone aku.
Lepas tu cakap yang aku orang pertama di Malaysia yang ada Facebook.
Aku kata aku lebih awal ada facebook dari mark Zuckerburg.

Diaorang tak gelak.

Wednesday, June 5, 2013

Benda-Benda Bukan Akademik.

Sibuk dengan benda-benda bukan akademik.

Esok aku kena chair Treasure Hunt. Apa yang aku buat ni aku pun tak tahu. Redah je.

Ingatkan jadi pensyarah kena pikir mengajar je...rupa-rupanya tak. Eh atau fakulti aku je yang macam ni?

Next week student Diploma masuk. Ramai katanya. bilik aku ni 30 orang pun dah sesak.

Dulu aku excited nak jumpa pelajar baru. Sekarang tak lagi. Hari pertama kelas semua expect lebih.masuk sexond week semua lemau....sampailah ke hujung semester, semuanya bila mereka ingat yang universiti taklah sehappening/ seintelektual mana.